
Sulit
3 tahun
Senggugut teruk ketika haid mual muntah dan sakit perut sangat sampai tidak boleh bangun tapi berlaku sangat jarang. Setahun sekali atau dua tahun sekali
Saya wanita berumur 23tahun. Saya mengalami senggugut yg teruk tapi hanya berlaku setahun atau dua tahun sekali. Ketika senggugut teruk perut saya akan rasa sakit sangat smpai saya tidak boleh berjalan langsung. Dalam pada masa yg sama saya juga akan mual muntah dan pening. Tapi senggugut berlaku sekejap sahaja selepas saya dapat tidur senggugut akan hilang apa bila saya bangun. Pernah jugak sekali sebelum ini saya pengsan tapi setelah itu sudah tiada. Dan kali ini berlaku sebelum period. Mohon pencerahan doktor

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid. Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor