
Sulit
4 tahun
Sengugut muntah pada hari pertama keluar darah , adakah saya normal atau ada cyst di rahim?
Saya wanita 20an,saya sengugut pada hari pertama period keadaanya seperti seluruh tubuh saya mengigil, kaki dan tangan saya sejuk, kepala saya panas, saya tak mampu berdiri tegak dan rasa susah bernafas. Saya try makan pil pain killer yang Dr pernah kasi pada saya. Kemudian tidak lama selepas itu saya mual dan muntah buih buih putih berulang kali sampai saya rasa tak larat nak buat ape ape. Tekak saya rasa perit sebab muntah berkali kali. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Keracunan makanan
- Gejala menstruasi atau datang bulan
- Ketidakseimbangan hormon
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Secara amnya, sesetengah wanita boleh mengalami beberapa gejala sebelum atau pada waktu menstruasi atau datang bulan disebabkan perubahan hormon di dalam badan. Namun begitu, perkara ini perlulah diperiksa dan disiasat untuk mengetahui sama ada gejala yang dialami adalah normal ataupun disebabkan masalah lain.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama anda mempunyai masalah cyst kerana perkara ini perlu disiasat dengan lebih mendalam. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Muntah yang kerap
- Lemah dan lesu
- Pendarahan yang terlalu banyak
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.