
Sulit
3 tahun
Sengugut teruk, rasa sakit, tak larat sakit sengugut teruk
Saya alami sengugut sejak belasan tahun, pernah sengugut teruk ketika pulang dari sekolah. Tak larat berjalan kaki, berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang. Saya takut dengar mak cik kedai kawasan rumah cakap sengugut susah mengandung. Kemudian, sakit sengugut teruk berlaku kadang-kala. Sampai saya menangis sakit sengugut teruk. Ada beberapa kali bila berlaku sengugut teruk datang, sakit sengugut teruk itu rasa seperti sakit bersalin. Saya belum berkahwin. Tapi rasa sakit tu luar biasa seolah-olah seperti sakit bersalin. Sekarang datang semula sengugut teruk sejak awal tahun ini. Paling teruk awal tahun ini sampai saya tak larat bangun, akhirnya saya tidur. Ada rasa lega lepas tidur.
Saya baca kisah orang di media sosial yang sengugut sejak zaman sekolah dan sekarang rahim kena buang. Saya takut.
Doktor, saya boleh mengandung ke? Umur saya 25 tahun. Saya risaukan kesuburan saya dan kesihatan dalaman wanita. Bagaimana untuk elak sengugut teruk berlaku? Bagaimana menjaga kesuburan dan kesihatan dalaman wanita?
Perlukah saya berjumpa dengan doktor pakar sakit puan? Bagaimana untuk dapat kebenaran berjumpa dengan doktor pakar sakit puan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda mengalami masalah senggugut. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap wanita yang sihat boleh mengandung dan melahirkan anak. Apabila anda mengalami senggugut yang teruk, anda boleh mencuba kaedah tersebut:
- Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan.
- Makan ubat tahan sakit
- makan makanan tambahan dan vitamin
- Rehat dan bertenang
- Minum air putih
Untuk cara menjaga kesuburan dan kesihatan dalaman wanita, anda boleh mencuba cara-cara berikut:
- Makan makanan yang kaya dengan antioksidan
- Kurangkan makanan yang berlemak
- Menjaga berat badan ideal
- Aktif bergerak
- Tidak merokok
- Amalkan kebiasaan seksual yang sihat
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk men dapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan