Sulit
3 tahun
Seorang frontliner. Got flu 5 hari yang lepas tapi sudah baik cuma sekarang hilang deria bau
Saya wanita berumur 26 tahun dan seorang frontliner ward covid. Saya ada mengalami selsema sakit tekak, pening 5 hari yang lepas dan sudah baik sepenunya. Tetapi masalah yang saya takuti sekarang adalah saya tidak mempunyai deria bau 3 hari berturut-turut sehingga hari ini. Apa kah tanda ini docter
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Berkenaan pertanyaan anda, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun sebab lain. Hal ini kerana gejala penyakit COVID-19 boleh menyerupai gejala penyakit lain juga seperti demam, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain. Kami sarankan anda memantau gejala yang dialami beliau ataupun terus menghubungi pihak kesihatan sekiranya anak anda mempunyai sejarah kontak rapat atau pergi ke kawasan berisiko.
Kami juga menggalakkan anak anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa beliau berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai dengan garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini