
Sulit
4 tahun
Sepanjang haid saya tidak larat untuk berjalan kerana sakit senggugut yg berpanjangan
Saya berumur 16 tahun saya mengalami haid pada 4/1/2021 dan haid sekali lagi pada 27/1/2021 untuk bulan feb ini saya haid bermula 27/2/2021 adakah kitaran haid saya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kitaran haid yang normal berlaku dalam lingkungan 24 hingga 38 hari. Kitaran haid wanita berbeza-beza dan kesuburan bergantung kepada faktor berikut:
- Umur
- Gaya hidup
- Pemakanan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk menghubungi secara peribadi di atas talian dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu