
Sulit
4 tahun
Sering keletihan dan pening
Saya umur 36 tahun.ank bungsu umur 2thun 2bulan.sy nk tanya.kenapa sy sering keletihan dan pening sejak kebelakangan ini.oh ya…saya bru saja habis haid…start haid 27/2/2021-4/3/2021.ada kh yg saya alami sekarang simptom untuk kehamilan…sebab sya kalau mengandung memang alahan teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
- Kurang rehat
- Haid yang terlalu banyak dan menyebabkan kurang darah
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan gejala yang dialami oleh anda juga boleh disebabkan oleh sebab yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.