
Sulit
3 tahun
Sering muntah selepas makan
Assalamualaikum Dr OC…
Saya berumur 20th, dan baru berkahwin 3 bulan lepas. Saya sering mengalami sakit kepala/pening, mual, muntah selepas makan dan muntah apabila menghidu sesetengah jenis makan sebagai cth: sosej, Maggie, dan lain² lagi.
1minggu lepas saya sudah membuat ujian kehamilan menggunakan UPT tetapi mendapatkan keputusan negatif. Soalan saya, adakah saya mengalami masalah kesihatan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana telah bertanya kepada kami.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai keadaan anda yang sering muntah selepas makan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, muntah selepas makan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Ulser gastrik
- Gastritis
- Penyakit hempedu
- Food intolerance di mana badan anda tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan
- Keracunan makanan
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Saya mencadangkan anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor