
Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan gatal pada kemaluan
Saya wanita berumur 17 tahun , saya mengalami sesak nafas beberapa hari ini , juga kemaluan mengeluarkan keputihan berwarna kuning dan bau yang tidak menyenangkan juga sangat gatal , boleh doktor bantu mcm mna nak mngatasi msalah ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan pada sistem pernafasan, alahan pada sebarang benda, masalah esofagus, penyakit asid refluks(GERD) dan lain.
Keputihan berwarna kuning dan berbau serta gejala anda, gatal boleh disebabkan oleh jangkitan pada kemaluan anda. Jangkitan ini boleh disebab oleh kuman, virus, kulat atau parasita, boleh terjadi jika kebersihan kurang memuaskan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.