
Zain
6 tahun
Sesak nafas dan inhaler tidak berkesan
Dr sudah setengah jam.saya sesak nafas dan dada ketat sangat.batuk tidak henti henti.sudah pakai inhaler namun tidak berkesan.saya mempunyai asthma yang kronik dan banyak kali masuk wad.

6 tahun
Salam sejahtera dan juga terima kasih kerana sudi berkongsi masalah anda dengan pihak kami. Sekarang, hanya berdasarkan sejarah asthma kronik anda, dan simptom-simptom lain yang encik/puan mengadu, anda sedang alami serangan asma. Ditambah pula jika rescue inhaler anda tidak berkesan untuk melegakan simptom-simptom tersebut, keadaan anda agak tenat. Ia adalah amat penting yang anda ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera. Saya berharap yang anda tidak memandang ringan serangan asma kerana nyawa anda dalam bahaya jika anda tidak mendapat rawatan secepat yang mungkin.
Untuk pengetahuan pembaca ruang ini, asma adalah sebuah penyakit paru-paru yang kronik dimana saluran ke paru-paru akan membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Seseorang yang sedang mengalami serangan asma akan mengadu sesak nafas, batuk tidak henti, sesak dada dan juga bunyi wheezing (bunyi bersiul) apabila mereka bernafas. Asma ini sebuah penyakit yang tidak boleh dihalang tetapi ia boleh dikawal jika faktor pencetusnya dielakkan. Faktor pencetusnya berbeza untuk setiap individu dan contohnya adalah seperti berikut, pendedahan kepada asap rokok, jangkitan selesema, stress, senaman, pendedahan kepada udara sejuk dan reaksi alahan kepada debu, bunga, karpet, bulu haiwan, makanan dan lipas.
Saya berharap encik mendapat pertolongan dalam secepat yang mungkin.