
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan kebas seluruh badan
saya pernah mengalami sesak nafas dan kebas seluruh badan masa zaman belajar dulu umur 19tahun. dia berlaku secara tiba tiba, bermula dengan kebas seluruh badan kemudian sesak nafas. kemudian, saya dibawa ke klinik dan doc tu cuma suruh saya tenangkan diri bernafas dengan cara yang betul dan doc tu cakap saya mengalami hyperhidrosis(not sure betul ke tak) sebab masa tu doc tu explain saya macam mamai fikiran ke lain. soalan saya, adakah betul simtom simtom hyperhidrosis seperti diatas. saya ada google ianya berlaku disebabkan saya stress melampau. tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman anda, Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’.
Manakala untuk gejala sesak nafas, ianya boleh disebakan oleh:
- Hyperventilation (pernafasan cepat)
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan anda juga tidak pasti apa yang diperkatakan oleh doktor, saya sarankan anda untuk merujuk kembali dengan doktor agar dapat dipastikan sebab anda sesak nafas.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpuan mengenai punca kepada gejala anda kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.