
Sulit
4 tahun
Sesak nafas ketika makan
0 Hai dr . Saya yana dari terengganu , umur saya 22 tahun , soalan saya kenapa setiap kali saya makan , nafas sy jd pendek dan sesak nafas sedangkan saya tiada sebarang penyakit asma atau lain2 . Perlu ke saya rujuk kesihatan saya kepada pihak hospital atau ada cara lain . Terima kasih

4 tahun
Hai Yana, terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sesak napas selepas atau sewaktu makan sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).