
Sulit
4 tahun
Sesak nafas macam tersangkut di tekak, tangan dan kaki rasa kebas, rasa macam nak pitam
Saya wanita dalam 20’an, mempunyai seorang anak. bila malam saya rasa sesak nafas dan kebas kaki dan tangan. Sesak nafas tu macam tersangkut di tekak dan rasa macam nak pitam, saya tak tahu apa masalah kesihatan saya. Bila malam menjelang saya akan rasa benda yang sama dan ia membuat saya sukar untuk tidur. Saya dah mula stress dengan kesihatan saya. Saya harap doktor dapat membantu saya untuk memjawab soalan² saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda berkaitan masalah sesak nafas yang anda alami. Terdapat pelbagai punca sesak nafas boleh berlaku:
- sel darah merah rendah
- asma
- kegagalan jantung
- kegagalan buah pinggang
- Obstructive Sleep Apnea (berdengkur dan sesak nafas)
- Masalah keresahan- bimbang atau ketakutan yang melampau boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas
- Masalah tiroid bengkak
- Jangkitan COVID-19- Kesukaran bernafas akibat COVID-19 tidak mempunyai waktu dan boleh berlaku bila-bila masa. Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana simptom sesak nafas merupakan satu kecemasan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.