
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, pening kepala
Saya wanita berumur 23 tahun… Saya mengalami sesak nafas fan nafas pendek baru je tahun ni. Sebelum ni, tahun lepas saya ada berjumpa doktor pakar dan doktor bagitahu yang asid refluks saya dah naik sampai ke kerongkong. Sejak kejadian tu, saya mulai mengalami simptom di atas. Adakah simptom ni berkaitan dengan gastrik yang saya alami tahun lepas dan perlukah saya berjumpa dengan doktor? Saya dah sesak nafas berbulan bulan dah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas dan pening kepala. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh terjadi dalam penyakit GERD (asid refluks). Akan tetapi, oleh kerana ianya berlanjutan sehingga sekarang, terdapat kemungkinan, masalah disebabkan oleh perkara lain. Antaranya:
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anemia - kurang darah merah
Berkenaan keterangan anda di atas, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda tentang pening kepala yang anda alami untuk kami memahami punca sebenar ianya terjadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Jangan biarkan ianya berpanjangan. Dapatkan kelegaan segera.