
azerera82
5 tahun
Sesak nafas yang berpanjangan
Kawan saya berumur 31th
Hampir setahun dia hadapi tanda-tanda begini. Apakah menyakit bagi dia yang mengalami tanda-tanda seperti Kerap sakit bahagian dada kiri,sesak nafas ,kerap demam,tiada selera makan, terlalu kerap membuang air besar, denyutan nadi lebih laju dari biasa seperti seseorang yang tengah berlari padahal tengah tidur,cepat penat … sila bagi penerangan… TERIMA KASIH

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Masalah tiroid
- Penyakit jantung
- Masalah buah pinggang
- Jangkitan paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.