
Sulit
4 tahun
Sesuatu pergerakan di bahagian ovari kiri
Saya wanita berumur 25tahun. Saya baru bernikah 4bulan lalu. Beberapa bulan ini saya kerap merasakan seperti ada sesuatu pergerakan di bahagian ovari kiri saya. Haid saya adalah normal, setiap bulan. Apakah punca perkara ini berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi perlu di periksa dengan lebih terperinci oleh itu saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa melakukan pemeriksaan dalam hal ini.
Secara amnya, perkara yang anda alami kemungkinan disebabkan:
- Penghadaman
- Ketakcernaan
- Ovulasi
- Kekejangan otot
- Usus tersumbat
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.