eymma90
5 tahun
Simptom Corona Virus
Saya baru pulang dari Singapore 27/2/2020. Saya tidak mengalami apa apa gejala atau simptom corona. Tetapi anak saya mula demam pada 1/3/2020. Dia juga selesema dan batuk. Saya risau dan perlukah saya membuat ujian saringan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah coronavirus ini. Untuk pengetahuan anda dibawah adalah gejala COVID-19:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Bagi menjawab soalan anda tentang coronavirus, setiap orang yang telah berkunjung keluar negara harus dilakukan penilaian risiko terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk setiap kategori risiko, terdapat kaedah penanganan yang berbeza-beza.
Oleh itu, silakan untuk menduduki kuiz ringkas menilai risiko disini (Nilai Risiko COVID-19).
Anda juga merujuk doktor dengan klik ( Tanya Doktor Pakar KKM ) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap dengan doktor dari KKM mengenai coronavirus dengan percuma. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































