
Anonymous
5 tahun
Simptom HIV atau penyakit lain
Saya lelaki 22 tahun…masalah saya saya punya gusi selalu berdarah kalau gosok gigi. Even lepas bangun tidur ada nampak kesan darah dekat lidah. Saya tak pasti apa masalahnya cuma saya takut terkena penyakit hiv

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah, air mani dan cairan vagina. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Untuk pengetahuan tuan,jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara mulai dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah. Antara simptom paling awal HIV adalah demam, kelenjar membengkak dan seperti selsema.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Photo by Sasha Freemind