Anonymous
6 tahun
Sipilis semasa mengandung
Saya berumur 25 tahun,dan sekarang hamil 33 minggu.sebelum ini saya disah kan ada sipilis title 1:4 dan setelah menjalani 3 suntikan penicilin,title 1:2.tetapi selama kehamilan saya tidak ada gejala sipilis…sipilis yang saya alami adalah sebelum hamil beberapa tahun lepas dan tidak membuat sebarang rawatan…persoalan saya,semasa melahirkan nanti adakah baby saya kena infeksi seperti ruam??atau sebagai nya…meski pun selama hamil saya tidak mempunyai gejala seperti gatal2 .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda telah menerima suntikan penicillin sebelum umur kandungan 16 minggu, kandungan anda mempunyai risiko yang amat rendah untuk dijangkiti. Namun begitu ia tidaklah seratus-peratus didalam semua kes. Sekiranya anda akan bersalin, status sifilis bayi anda boleh diperiksa selepas itu walaupun secara teori kandungan anda tidak akan menerima jangkitan tersebut kerana anda telah menerima rawatan. Sekian.





















