
Sulit
5 tahun
Soalan berkenaan hiv aids
Saya ada melakukan seks pada 5 tahun lepas tanpa memakai condom, tapi sekejap sahaja saya memasukkan kemaluan saya tak sampai 5 minit tanpa mengeluarkan air mani kerana syahwat saya turun. Perempuan itu adalah pelacur yg saya langgan dan saya tidak tahu dia ada hiv ataupon tidak. Saya nak tanya kemungkinan untuk kena hiv itu ada ataupon tidak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak boleh kata putus sama ada anda dijangkiti atau tidak kerana ia bergantung kepada status HIV perempuan itu sendiri yang mana itu di luar jangkaan kami. Namun, kemungkinan untuk jangkitan itu ada kerana dia merupakan pelacur seperti yang dimaklumkan oleh anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan risiko untuk mendapat HIV :
- Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks.
- Menjalinkan hubungan seks dengan pasangan yang positif HIV.
- Hubungan homoseksual terutamanya antara lelaki.
- Mempunyai pasangan yang melibatkan diri dalam aktiviti berisiko tinggi.
- Penagih dadah terutamanya yang mempunyai tabiat berkongsi jarum.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.