
Sulit
5 tahun
Soalan berkenaan saringan COVID-19
Hi Doctor. Husband saya bekerja di salah satu kementerian di putrajaya. TKSU beliau mula dikuarantin hari ini kerana TKSU tersebut merupakan contact rapat dengan case ke-26. Husband saya tiada contact dengan TKSU tersebut namun HOD husband saya ada berhubung dgn TKSU itu. Husband saya pula berurusan dgn HOD beliau setiap hari. Buat masa ini TKSU tersebut masih menunggu result saringan covid-19. Soalan saya, adakah kami suami isteri perlu membuat saringan juga atau perlu tunggu 14 hari? Kalau perlu, di mana? Thanks doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.