
Sulit
3 tahun
Soalan mengenai PCOS & folic acid
Assalam, sy wanita berumur 26 tahun dan sudah berkahwin hampir 1 tahun -belum mengandung. sy mghidap PCOS , bolehkah sy mengambil folic acid ? sy dalam proses mengurangkan berat badan. Apakah jenis makanan untuk mningkatkan kesuburan & mengurangkan simptom pcos? terima kasih…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah PCOS dan ingin mengetahui cara mengurangkan simptom PCOS. Di samping itu, anda juga ingin mengetahui jenis makanan untuk meningkatkan kesuburan dan jika anda boleh mengambil folic acid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, cara terbaik untuk mengurangkan simptom PCOS adalah dengan menurunkan berat badan. Hal ini juga boleh meningkatkan kesuburan. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan bersenam. Diet pemakanan yang sihat merangkumi pengurangan pengambilan makanan berkarbohidrat, gula dan lemak dan menambahkan sumber protein dalam makanan. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan nutrisi. Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai suplemen makanan yang sesuai untuk anda. Selain itu, anda juga harus patuh pada nasihat doktor dan mengambil ubat seperti yang disarankan.
Mengenai ubat folic acid, tiada kontraindikasi untuk anda mengambil ubat tersebut. Malah, pengambilan ubat folic acid dalam dos yang berpatutan boleh meningkatkan kesuburan anda. Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan anda ialah :
- sayur-sayuran berdaun hijau
- kubis
- brokoli
- kentang
- buah delima
- pisang
- nanas
- buah sitrus seperti oren, limau
- badam
Sekiranya, anda ingin mendapatkan nasihat lanjut dari segi pemakanan, anda boleh merujuk kepada pakar pemakanan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.