
Sulit
5 tahun
Sperma kurang jumlah dan kelekatan
hi doc,saya lelaki 48 tahun.macam mana nak tambah kan jumlah sperma.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda mengalami penyakit sperma kurang, tidak aktif atau tiada sperma, maka puncanya harus disiasat dahulu. Hal ini kerana, seseorang itu bahkan doktor sendiri tidak akan tahu jika sperma seseorang itu kurang ataupun tidak hanya berdasarkan sejarah kesihatan saja. Ubat bagi masalah ini juga memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu kerana faktor interaksi dengan ubat lain serta penyakit seseorang itu.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.