Sulit
4 tahun
Sperma lemah dan kuantiti kurang
Sya lelaki 29thun. Xmrkok jrang mnum alkohol tpi kualiti sperma kurang…apa sebab dan cara mengatasi?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan anda, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Antara faktor yang menyebabkan kemandulan lazimnya terdiri dari:
- Faktor genetik
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan organ kelamin
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf organ kelamin terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Justeru, penyakit yang terkait dengan kemandulan lelaki antaranya termasuk:
- gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
- gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen yang lain)
- mati pucuk
- kelainan struktur zakar
- dan lain-lain
Antara perkara yang boleh dilaksanakan sebagai usaha mencegah kemandulan pula termasuk:
- Jauhi faktor risiko di atas (selain faktor genetik)
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
Namun perlu anda tahu usaha pencegahan lazimnya hanya boleh memainkan peranan
- terhadap faktor risiko yang tidak terkait dengan genetik
- untuk memperlambatkan gejala kemandulan akibat faktor usia
- mengembalikan kekuatan batin pada golongan muda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

































