
Sulit
3 tahun
Spotting kecil ketika membuang air kecil
Assalamuaikum doctor, saya wanita berusia 22 tahun. 24 Jan saya telah bersama suami, manakala jam petang saya datang haid selama 5 hari iaitu 24 January hingga 28 January. 30 January saya mengalami infection yang telah disahkan dengan doctor. Air kencing saya berwarna coklat kemerahan. Dan 1 February saya bersama suami, dan pada 4 February saya mengalami spotting sedikit. 6 February saya bersama suami dan pada malam itu juga saya mengalami spotting sedikit. Boleh doctor terangkan pada saya ? Adakah hal ini membimbangkan atau hanya perkara biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- Batu karang
- Kecederaan pada faraj dan uretra
- Masalah pendarahan
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.