
Sulit
5 tahun
Stopkan pendarahan haid
Saya wanita dlm 20 an tahun ingin minta penjelasan doktor . Pada masa ini saya dalam keadaan haid . 4 hari sebelum darah haid saya hanya berwarna coklat dan pada waktu ini darah haid saya mula berubah warna darah merah . Pada hari pertama haid saya telah mengambil ubat penahan haid iaitu norethiserone 5mg sebanyak 2 biji tetapi tiada kesan kerana haid saya masih berjalan . Saya berkesimpulan mungkin saya lambat mengambil ubat tersebut jadi saya teruskan haid saya selama hari ini . Tetapi , hari ini merupakan hari heavy haid saya dan saya telah mengambil ubat texamine acid 250mg sebanyak 4 biji bertujuan untuk stopkan darah haid saya hal ini kerana pada keesokan pagi saya akan on flight untuk travel selama 4 hari . Jadi saya ambil inisiatif dengan mengambil ubat untuk stopkan darah haid . Soalan saya , adakah boleh saya mengambil lebih dos ubat texamine acid supaya dapat kesan yang maksima ? Dan adakah darah haid saya akan stop sebelum travel keesokan pagi dengan mengambil ubat tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan adalah tidak jelas. Sebetulnya terdapat dua cara yang anda boleh gunakan untuk melambatkan haid. Akan tetapi, merujuk kepada tarikh anda mulai mengambil pil, tarikh tersebut adalah agak mengelirukan.
Untuk melambatkan haid, anda harus ambil pil jenis kombinasi pada hari pertama haid datang (dalam kes anda, haid coklat tersebut boleh dihitung sebagai hari pertama) dan sambungkan dengan paket kedua pada hari ke 21. Pengambilan pil norethisterone (pil progestin sahaja) atau tranexamic tidak berkesan dalam melambatkan haid. Oleh itu, sekiranya anda mahu melambatkan haid, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat diberikan ubat dan panduan tentang cara mengambil pil tersebut dalam usaha melambatkan haid dengan benar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.