
Sulit
4 tahun
Stress dengan masalah vagina berbau
Hi.Saya berumur 34 tahun ,mempunyai 2 orang anak,berat 90kg dan mempunyai masalah vagina berbau .Ianya menyebabkan ketidakselesaan ketika bersama dengan suami.Keputihan yang keluar tidak banyak namun mengeluarkan bau yang kirang menyenangkan serta gatal. Saya sudah buntu untuk mengatasinya, adakah ubat yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang anda alami iaitu keputihan yang berbau. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan adalah seperti:
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Sekiranya masalah masih berlarutan walaupun setelah melakukan kaedah yang disyorkan di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Untuk menentukan rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat yang lengkap serta pemeriksaan yang berkaitan diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih