
Sulit
5 tahun
Suami cepat penat apabila melakukan hubungan
Berkahwin pada August tahun lepas. Apabila bersama suami,suami akan cepat penat dan tidak mengeluarkan airmani. Hal ini menyebabkan saya risau takut suami ada masalah berkaitan sexual.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampingan ubat
- pengambilan alkohol dan dadah
- Kerosakan pada saraf
- Faktor umur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.