
Sulit
4 tahun
Suara seperti pondan
Saya remaja lelaki berumur 19 tahun dan saya agak sedikit lembut. Saya sering diejek kerana memiliki suara seperti pondan.Bagaimana saya dapat menjadikan suara saya menjadi seperti maskulin atau seperti lelaki sejati? Atau ada apa2 ubat atau supplement yg dapat saya ambil? Mohon nasihat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai kadar yang berbeza dalam perubahan suara selepas baligh. Ada yang mengalami perubahan suara pada usia lewat remaja ataupun semasa umur 20-an.
Jika keadaan ini masih mengganggu anda, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengetahui mengapa anda mengalami masalah sedemikian ataupun anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci mengenai keadaan anda. Terima kasih.