Sulit
4 tahun
Sudah 15 hari bdn demam on off bdn sakit2 4x dah jumpa doktor darah pun dah amik 4d
Setiap kali xray doktor kata ok ke tp lkenapa saya rasa mcm pendek utk tarik nafas.darah pulak hanya jangkitan kuman .darah putih tinggi sikit.tp xde perubahan pada bdn saya sama je
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, masalah demam dan sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Masalah keresahan anxiety
- pneumonia
Berdasarkan simptom sukar bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.