
Sulit
5 tahun
Suhu badan panas pada waktu malam
Saya wanita 24 tahun. Badan saya panas pada waktu malam sejak seminggu yg lalu. Saya xda contact dgn pesakit positif covid19. Saya pernah mengalami ini tahun lepas sbb saya stress. Saya berasa bimbang. Apa yg perlu saya lakukan doktor. Sy tinggal bersama dgn iba bapa dan abang sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Demam Gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti:
- Demam denggi
- Jangkitan TB
- Demam Chikungunya
- Kencing tikus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.