
Sulit
4 tahun
Sukar Bernafas dan Batuk Apabila Penat
Saya wanita berumur 25tahun. Sejak seminggu ke 2 minggu lepas saya merasakan susah untuk menarik nafas bila merasa penat dan akan batuk kecil tetapi tidak teruk. Keadaan ni berlaku bila lepas saya buat kerja rumah sedikit sahaja dan penat yang biasa-biasa. Untuk makluman kali terakhir saya keluar dari rumah adalah pada 05/05/2021. Pada 10/05 saya mengalami cirit birit sebanyak 15-20 kali (tidak kira exactly because not expect it). 11/05 badan, tangan, leher dan muka panas pukul 2.30am. Selepas bangun dari tidur panas hilang tetapi masih cirit birit sebanyak 10 kali. 12/05 16 kali. 13/05 5 kali dan selepas itu reda dan baik. Seminggu selepas itu saya mula batuk kecil bila rasa penat. Tetapi pagi ni 31/05 saya exercise selama 20 minit dan kemas rumah agak banyak sedikit menyebabkan saya rasakan penat dari biasa. Saya merasakan dada agak sempit terpaksa tarik nafas dalam-dalam dan batuk kecil berterusan. Ketika saya menulis ni saya sudah relax sedikit, nafas agak baik daripada tadi tetapi masih sedikit sukar dan tidak batuk. Saya juga makan ubat batuk sejak seminggu lepas. Perlukah saya ke klinik dan buat test untuk Covid-19 ? Untuk makluman saya tiada contact rapat Covid-19. Ibu dan adik lelaki saya dalam keadaan baik dan sihat. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan membantu. Semoga hari Tuan/Puan berjalan dengan baik dan lancar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair ( pleural effusion )
- Kanser paru-paru
- Radang tulang rusuk ( costochondritis )
- Reaksi alahan
- Melakukan aktiviti lasak secara berterusan
Masih mengalami masalah sakit dada dan sukar bernafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Lemah dan lesu
- Tidak dapat melakukan aktiviti harian disebabkan kesukaran bernafas
- Gangguan tidur disebabkan tidak cukup nafas
- Batuk berpanjangan
- Sakit dada
- Kahak berwarna hijau atau bercampur darah
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan perlu dilakukan untuk mencari punca gejala yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan sedikit penerangan mengenai COVID-19:
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID-19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.