
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas dan lidah terasa pahit
Saya bekas pesakit covid 19 berumur 32 tahun, tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, dan skrg saya sdh discharge dari hospital, lebih kurang dlm sebulan lepas, dalam beberapa hari ini saya ada merasa sakit tekak dan kesukaran sedikit untuk bernafas, tapi tidak terlalu lama, kesukaran bernafas yg saya alami tidak berlangsung lama setakat ni anggaran dlm 3 ke 4 jam, adakah saya mempunyai risiko untuk terjangkit semula dgn virus covid 19 ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, seseorang yang sembuh daripada jangkitan COVID-19 boleh dijangkiti semula tetapi ia hanya boleh dipastikan dengan melakukan ujian saringan. Namun, saya tidak menolak kemungkinan untuk sesak nafas anda berpunca dari masalah lain seperti:
- Asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Untuk mengenal pasti COVID-19 melalui gejala sahaja adalah agak sukar. Oleh itu, saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini