
Sulit
2 tahun
Sukar bernafas sakit dada dan berkahak
Saya lelaki umur 36 saya megalami sukar bernafas kadang2 sebabnye ade kahak,dah 2 kali pergi klinik swasta cuma bg pencair kahak.apakah masalh pyakit sy sebenarnye hampir 3 mggu dh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, secara jujur, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad. Hal ini kerana, untuk menjawab soalan anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan terperinci harus dilakukan. Saya cadangkan anda mengajukan soalan ini ketika anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda.
Akan tetapi masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.