
nurnabilah693
3 tahun
Sukar mencari kesuburan
Hi saya nabila , berumur 21,and saya baru berkhwin 3 bulan , saya nak tanya kenapa period saya untuk bulan may datang sehingga 2 kali first 1/5/21-7/5/21 . And hrini 30/5/21 datang lagi . First time saya jadi macm ni , saya tengah merancang untuk mengandung. Saya tidak pasti ni awal kehamilan ataau period .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Namun, ia juga menandakan sesuatu penyakit yang mungkin dialami sekiranya perkara tersebut berlarutan atau disampingi dengan simptom-simptom lain seperti sakit payudara, masalah kesuburan, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan yang mendadak.
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya pendarahan yang anda alami adalah sama seperti darah semasa anda haid secara kuantiti atau warna, kemungkinan ia merupakan darah haid. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!