
Sulit
4 tahun
Sukar tidur kepala kerap mengalami sakit dan kebas
Assalamualaikum doktor sy wanita berumur 26 tahun agak sukar tidur pada waktu malam selain mengalami sakit pada tulang kaki…dan juga kepala mengalami keadaan yang sama kebas sakit dan ngilu pada belakang kepala bila berbaring…apa perlu sy buat…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah sukar untuk tidur yang anda alami berkemungkinan disebabkan masalah insomnia.
Untuk makluman pihak anda, masalah insomnia ini boleh diatasi dengan mengamalkan “Sleep hygiene”. Ianya adalah cara atau teknik untuk mendapatkan kualiti dan tidur yang secukupnya. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
- Tidur pada masa yang sama pada setiap hari
- Bangun tidur pada masa yang sama pada setiap hari
- Elakkan tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu petang
- Tutup lampu dan pintu yang boleh menyebabkan bilik tidur menjadi terang
- Tidur dengan kadar yang cukup, contohnya tidur 8 jam pada setiap hari
- Gunakan katil hanya untuk tidur elakkan buat aktiviti lain di atas katil seperti belajar, membaca dan sebagainya
- Elakkan minum minuman berkaffein seperti kopi, air berkarbonat, teh dan sebagainya terutamanya selepas waktu petang
- Elakkan dari minum minuman beralkohol
- Berhenti merokok atau elakkan merokok sebelum waktu tidur
- Elakkan daripada memandang skrin komputer, televisyen atau telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh merangsang melotonin
- Bersenam selalu sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari 5 kali seminggu
- Elakkan daripada memaksa diri untuk tidur atau segera tidur jika masih tidak mengantuk
Dengan mengamalkan “sleep hygiene”, kualiti dan durasi tidur dapat ditingkatkan dan pesakit dapat merasakan kesan positifnya.
untuk masalah sakit kaki serta sakit kepala yang anda alami, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai maslalah tersebut kerana banyak lagi maklumat lain yang saya perlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.