
farhahsyamimi90
2 tahun
Sukar turun berat badan
Saya berumur 29 tahun dan ada 3 org anak. Sejak bersalin brt sy naik mndadak sdgkn sblumnnya sy sgt kurus orgnya. Dan skg brt bdn sy ssh nk turun wlu pon sy dh cut gula dan mkn nasi ikut portion. Shri skli mkn ttp msh jgk tdk mnurun. Sy mnum air ksong lbh 3 lter tp msh tdk ada perubahan mlah brtmbh mmbuatkn sy jd takut shgga rsau utk mkn. Dlm tempoh berdiet…brt smkin naik bkn turun. Kmudian sy jenis mudah pch peluh d skitar dahi… Sy sgt2 runsing dgn brt bdn sy. Sdgkn sy mkn nasi skli shri sja. Mlm hya skdar roti…2kpg. x brani mlakukan apa2 senam kerana bru 11 bln melahirkn ank ketiga secara czer.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegemukan boleh disebabkan pemakanan atau ketidak-stabilan hormon seperti penyakit Cushing, kencing manis, hipotiroid ataupun kesan ubat seperti pil perancang. Selain menjaga pemakanan yang puan lakukan, peranan senaman juga adalah penting kerana ia akan meningkatkan lagi metabolisme badan untuk membakar lemak-lemak. Sekiranya senaman dan pemakanan tidak memberikan impak positif, punca kepada kegemukkan perlu dicari seperti yang disebutkan diatas. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.