
Sulit
5 tahun
Sunat utk lelaki dewasa
Sya berumur 28 thn,tpi sya blom bersunat lgi,.ada tk klinik yg menyediakn perkhidmatan bersunat personal(hanya doktor sja) sbb malu kalau ada nurse…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebanyakan klinik dan hospital berdekatan ada menyediakan perkhidmatan sunat. Silakan untuk mengunjungi mana-mana pusat kesihatan berdekatan dan tanyakan tentang perkhidmatan sirkumsisi (circumcision).
Sedikit info tambahan, bersunat adalah merupakan satu prosedur yang sangat digalakkan memandangkan ia mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan seperti:
- Mengurangkan risiko terkena jangkitan saluran kencing (kencing kotor) (urinary tract infection)
- Merendahkan risiko terkena kanser penis
- Mengurangkan risiko terkena penyakit jangkitan seksual
- Mengurangkan keradangan zakar
Untuk info yang lebih lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.