Sulit
5 tahun
Suntikan perancang hamil
Hi,saya baru suntik perancang petang semalam,dan bersama dgn suami malam itu,adakah potensi saya akan hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman pihak anda, sekiranya suntikan perancagan kehamilan diberi dalam masa tujuh hari selepas hari pertama anda datang haid, anda terlindung dari kehamilan dengan serta-merta. Sekiranya suntikan diberi lebih daripada 7 hari pertama kitaran haid anda, anda harus menggunakan kondom kerana masih ada potensi untuk mengandung pada waktu ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.



































