
Sulit
4 tahun
Suntikan Vaksin Typhoid
Saya remaja dalam lingkungan 18 tahun . Saya ingin bertanyakan adakah pengambilan suntikan vaksin typhoid dapat menganggu kestabilan hormon haid perempuan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab soalan anda, suntikan vaksin typhoid mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit perut, loya, demam, pening kepala, muntah dan penyakit kulit.
Suntikan vaksin typhoid tidak boleh diberikan kepada perempuan mengandung dan orang yang mempunyai alahan pada vaksin ini.
Kajian menunjukkan suntikan vaksin ini tidak akan menganggu kestabilan hormon haid perempuan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk keterangan lanjut. Terima kasih.