
Sulit
3 tahun
Suplemen kurus dan ubat perancang diane35
saya merupakan pesakit pcos. dan doktor meminta saya untuk mengambil ubat diane35. dalam pada masa yg sama, saya mengambil suplemen utk kurus yg mempunyai bahan seperti green tea, green coffee, chocolate, african manggo, white kidney, oligosaccharide, konjac powder dan garcinia cambogia. Jadi, boleh tak saya consume ubat kurus pada wktu pagi, manakala diane35 pada wktu mlm?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil supplement anda serta ambil ubat diane 35, ia tidak akan mempengaruhi kesan atau fungsi masing. Selain itu, sila pastikan anda ambil ubat diane 35 seperti yang diarahkan oleh doktor anda untuk mengatasi PCOS anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Sakit Puan.