
Sulit
4 tahun
Susah bernafas dan dada sempit
Saya berumur 23 tahun, saya ada penyakit resdung dan asthma. bila malam saya sering rasa ketakutan, saya rasa badan menggigil sampai berpeluh. Susah tidur malam dan dada terasa ketat. Sukar untuk saya bernafas ketika baring, bila saya bangun rasa badan tak seimbang dan boleh menyebabkan saya terjatuh. Leher rasa macam dicekik dan sukar nak menelan air liur atau bernafasy melalui hidung. Jantung rasa laju, pernafasan susah dan memerlukan inhaler untuk bernafas. Saya sering memikirkan tentang kematian bila rasa penyakit itu datang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil atau tekak
- Refluks asid atau GERD
- Masalah psikologi: Stres, tekanan emosi, kemurungan (depression), keresahan (anxiety) dsb.
Masih mengalami masalah sesak nafas dan sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.