
Sulit
4 tahun
Susah untuk tarik nafas dalam
Saya lelaki berumur 22 tahun, 2 bulan lepas saya ada mengambil pil untuk berkhayal doc minta maaf kalau posting saya ni di public. Selepas mengambil pil tersebut saya jadi sesak nafas, kaki and tangan saya krem (rasa mcm semut). And setiap hari sampai sekarang saya masih tidak boleh tarik nafas dalam seperti sebelumnya. And kalau saya nak tidur setiap malam jantung saya seakan akan berhenti seketika dan degupan jantung tidak menentu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis atau tibi
- Radang selaput dada atau tulang rusuk (costochondritis)
- Serangan gastrik
- Refluks asid
- Kesan sampingan ubat-ubatan atau dadah
Masih mengalami masalah sesak nafas dan sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.