
Sulit
3 tahun
Suspect cancer servik
Selamat mlm doctor… Sy wanita berumur 30an dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Tempoh hari sy ada buat pap smears kat clinic swasta dlm masa seminggu baru dpt result… Bila dpt result sy pergi jumpa doctor dia cakap sel dlm ada perubahan n doctor tu suruh rujuk pd pakar… Suspect ada kanser servik… Sy g kpj buat check up semua alhamdulillah tiada simptom² kanser apa… Sy cuma nak tahu mmg ada terjadi mcm tu…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, keputusan PAP smear yang abnormal bermakna anda mempunyai perubahan pada sel serviks. Perubahan ini tidak bermakna kanser. Kebanyakkan kes, sel-sel ini akan kembali normal semula. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan perubahan pada sel seperti:
- Iritasi
- Jangkitan seperti jangkitan yis
- Perubahan hormon
- Ketumbuhan seperti polip
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.