
Sulit
5 tahun
Susu badan penyebab lambat datang haid
Adakah menyusu badan menyebabkan lambat datang haid? Sedangkan saya pernah haid 1 kali selepas 2 bulan habis pantang.
Jika faktor menyusu badan saya lambat datang haid. Berapa hari haid akan datang dalam tempoh menyusu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemberian susu badan adalah salah satu cara mencegah kehamilan secara semulajadi dan percuma. Ia berfungsi dengan menghalang terjadinya ovulasi, maka tidak terjadi haid. Sekiranya benar sesuai aturan, metod ini dapat bertahan mencegah kehamilan sehingga 6 bulan setelah bersalin.
Aturan pemberian susu badan sebagai metod pencegahan kehamilan adalah seperti berikut:
- eksklusif - ini bermaksud bayi tidak minum atau makan selain susu ibu
- masa antara penyusuan tidak boleh melebihi 4 jam pada siang hari atau 6 jam pada waktu malam
Merujuk kepada kes anda, memandangkan haid anda telahpun kembali walaupun anda menyusu badan, maka kemungkinan besar metod pencegahan kehamilan ini tidak praktikal untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.