
Sulit
4 tahun
Sutikan perancang selepas cuci rahim
Sya baru Lepas cuci rahim seminggu Lepas dan slepas seminggu sya trus mengmbil sutikan perancang untk 3 blan…sya nk Tanya,bilakah msa sesuai untk bersama suami?adakah perlu menunggu untk 1blan untk bersama suami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, hubungan seksual boleh dilakukan selepas dua atau tiga minggu setelah rahim dicuci. Namun adalah lebih baik untuk menunggu setelah haid pertama selepas operasi anda tamat. Ini kerana untuk memastikan bahawa rahim anda telah betul-betul bersih.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.