
Sulit
3 tahun
Sy ada simtom berat bdn myusut, kmbg perut hingga sesak nafas,asyik.sendawa,sakit belikat blkang, perut asyik berbnyi mcm kosong,tekak bila bgn tido mcm kering yg amat
saya ingin bertanya, sy ada check glukosa darah mggunakan jari di klinik desa. sy berpuasa dr pukul 10mlm dan paginya pukul 8am buat ujian ini.bacaannya adalah 6.3. Nurse suruh sy ke klinik ksihatan tp doktr mgatakan bacaan.sy ok lagi. Konpius sy. ada yg kata dh kena kncg manis. Tp doktr kata ok…

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu penurunan berat badan secara menyusut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.