
Sulit
3 tahun
Sy mengalami trauma berlanjutan akibat keadaan sy yg lemah shahwat. Hilang self confident. Tiada perasaan pd wanita kerana takut ke alam perkahwinan
Sy lelaki berumur 30 tahun. Mengalami keadaan lemah shahwat. Sering melakukan onani sejak berumur 20an. Sy takut utk ke alam perkahwinan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah mati pucuk berlaku akibat pelbagai faktor:
- Masalah pada salur darah, saraf atau hormon yang mengawal ketegangan batang zakar.
- Faktor emosi atau gangguan psikologi
- Masalah salur darah selalunya terjadi kepada mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol serta yang menghidap masalah jantung.
- Pesakit yang mengalami kecederaan pada batang zakar atau pada tulang belakang adalah contoh penghidap mati pucuk akibat masalah saraf.
- Ubat ubatan atau kesan penyalah gunaan dadah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah