
Sulit
4 tahun
Sy risau selepas bersama .. trjdi bercak darah tetapi tidak priod
Kenapa sy ada keluar bercak darah semasa bersama suami ? Tetapi sy masih belum priod bln lps dan tiada tanda2 kehamilan. Somtimes, priod sy juga tidak teratur…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah berdarah selepas bersama, seperti:
- Kecederaan pada dinding rahim
- Faraj tidak menghasilkan cecair yang cukup
- Aktiviti seksual yang terlalu kasar
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Masalah pendarahan selepas aktiviti seksual dan haid yang tidak teratur memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor dan perlu diberikan perhatian oleh anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.