
Sulit
5 tahun
Sya mengalami masalah suhu badan meningkat dan sukar untuk tidur pada waktu malam
saya lelaki berumur 25 tahun…sya penagih air ketum selama 8 tahun…sya start berhenti ketum sejak PKP…sya mengalami masalah suhu badan meningkat dan sukar untuk tidur sejak berhenti ketum… dh sebulan lebih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketum banyak digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan namun, ia juga boleh disalahgunakan sebagai dadah. Tahniah atas langkah berhenti mennyalahgunakan ketum anda. Masalah yang anda hadapi sekarang kemungkinan simptom daripada gejala withdrawal syndrom (gejala yang dialami selepas berhenti mengambil sesuatu bahan yang menyebabkan ketagihan). Antara gejala withdrawal adalah:
- sakit otot atau sendi
- resah
- bimbang
- lakrimasi
- hidung berhingus
- peluh berlebihan
- sukar untuk tidur
- kerap menguap
- cirit birit
- perut kejang
- bulu roma meremang
- mual
- anak mata membersar dan boleh menyebabkan mata kabur
- jantung berdebar
- tekanan darah tinggi
Berikut merupakan jawapan am dan bukannya diagnosis tepat bagi masalah suami puan. Ada banyak lagi kemungkinan lain yang boleh terjadi. Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.