
Anonymous
6 tahun
Syphilis atau Kencing bernanah
sya llaki 20an…yng bru trkena pnykiy siplis…jdi sya nk brtnya…bgmaina cra nk mngubati pnykit ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit sifilis merupakan sejenis penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seksual atau disebarkan daripada ibu kepada anak ketika hamil.
Bagi penyakit sifilis, ia disahkan melalui gabungan ujian darah serta penilaian klinikal melalui sejarah dan pemeriksaan fizikal pesakit. Walaupun ujian darah pertama menunjukkan keputusan positif, biasanya ujian kedua, akan juga dijalankan untuk mengesahkan bahawa betul-betul terdapatnya jangkitan sifilis.
Ketika menerima rawatan sifilis, pesakit patut mengamalkan seks yang selamat menggunakan kondom ataupun mengelakkan hubungan seks buat sementara waktu untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Pesakit yang menggunakan dadah intravena juga patut berhenti berkongsi jarum untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Pesakit juga patut memberitahu pasangan seks mereka supaya mereka boleh diuji dan dirawat jika perlu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih